Sunday, January 31, 2010

Salam Pekenalan

Asalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT yang menciptakan langit dan bumi dennan penuh kekuasaannya yang maha agung, maha besar, maha pengasih lagi maha penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. ahli keluarga dan para Sahabatnya.

Juga doa kepada bapak dan mak semoga sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Allah SWT...

Kepada Isteriku yang tersayang sentiasa memberi sokongan dalam segala perkara tidak kira dunia mahupun akhirat...

Tujuan aku menulis blog ini adalah kerana dorongan hati ini yang sentiasa ingin bersama-sama pengikut setia pejuang-pejuang Panji Hitam. Namun aku sedar siapa diriku ini hamba Allah yang sering melakukan dosa dan kesalahan terhadap Allah SWT.

Selain itu berita seperti yang pernah Rasulullah SAW katakan kepada kita tentang kemunculan Pemuda Bani Tamim yang akan mengetuai angkatan perjuangan Panji Hitam banyak mempengaruhi aku. dan seperti yang segelintir orang melayu yang telah menyedari tentang kebangkitan bangsa melayu ini juga telah sedikit sebanyak menyedarkan emosi dan minda aku tentang perkara ini patut diambil berat berdasarkan petunjuk-petunjuk yang kian terserlah dibumi emas ini..
ini termasuklah berkenaan sejarah benar bangsa melayu yang telah DI HIJACK oleh golongan-golongan yang takut akan realiti ini kerana mereka telah mengtahui terlebih dahulu sebelum orang melayu itu sedar.. hakikat ini juga telah memberikan satu revolusi yang secara tidak sengaja membangkitkan emosi dalam jiwa orang melayu..

Jati diri...
orang melayu telah kita ketahui didalam sejarah mempunyai tamadun yang besar dan kawasan yang luas dan kuat.. tatabudaya yang pernah satu ketika menjadi ikutan bangsa-bangsa lain..
tetapi kini...?? tiada lagi..
kerana apa bangsa melayu dahulu berjaya????
JATI DIRI diulangi JATI DIRI

apa itu jati diri orang melayu??
tidak lain dan tidak bukan ialah taat pada ajaran agama, disiplin, kesopanan,ketatasusilaan,BERANI dan patuh kepada raja dan negara.

jadi inikah jati diri itu????
Pada diri saya.. YA INILAH DIA JATI DIRI ORANG MELAYU!
sekarang adakah jati diri itu masih kuat dalam diri orang melayu???
jawapan saya masih ada.. tetapi tidak keluar sepenuhnya dari jiwa permikiran orang melayu itu sendiri..

atas dasar itu kita sebagai orang melayu perlu kembali kepada Al-quran dan Sunnah Rasulullah SAW untuk Berjaya di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment